Wednesday, May 14, 2014

Awas!! Teknik terbaharu rompak bagasi baju



 Teknik terbaharu rompak bagasi baju | Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen. “Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya. Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.

Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya. Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.

Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang. Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang. Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.





.

1 Penyokong CHELSEA:

POHPALEH BURGER on May 15, 2014 at 9:31 AM said...

cara dh lama sgt ni.. tp still ramai yg tak tau atau tak amik berat...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!