Cara pengusaha bengkel mengaut untung | Kira-kira separuh atau RM10 daripada RM20 bilion pendapatan tahunan industri automotif negara yang dijana melalui jualan alat ganti adalah hasil penjualan alat ganti tiruan oleh segelintir pengusaha bengkel di seluruh negara. Pengarah Urusan Koperasi Pengusaha Bengkel Kenderaan Malaysia Berhad (KOBENGKEL), Hasri Hassan yang mendedahkan perkara itu berkata, alat ganti tiruan itu kebanyakannya diperoleh daripada negara jiran seperti China dan Taiwan.
“Sesetengah pengusaha bengkel terpaksa menjualnya bukan kerana mahu mengaut untung, tetapi faktor desakan pengguna turut memainkan peranan kerana mahukan alat ganti lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding alat ganti tulen. "Kebanyakan pengguna kenderaan nampaknya mementingkan harga dan bukannya mengutamakan keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan masyuarat agung pertama KOBENGKEL. -Metro
P/S - Sekadar gambar hiasan
.
1 Penyokong CHELSEA:
sebab nak kan yg murah
Post a Comment