Friday, May 16, 2014

[Gambar] Kemalangan maut melibatkan 5 kenderaan di Jalan Seremban-Port Dickson



[Gambar] Kemalangan maut melibatkan 5 kenderaan di Jalan Seremban-Port Dickson | Seorang kontraktor maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Batu 6, Jalan Seremban-Port Dickson jam 9.30 pagi tadi. Kejadian berlaku apabila sebuah lori simen dari arah Seremban terbabas ketika mendaki bukit di selekoh dan merempuh van dipandu mangsa, Gan Yee Chong, 49, lalu terbalik dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Lukut.

Turut terbabit dalam kemalangan itu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan lori tangki minyak yang datang dari arah yang sama. Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh orang ramai sebelum disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba untuk membantu. Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dilakukan.-Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!