Majlis perkahwinan bertukar jadi tragedi berdarah | Satu majlis perkahwinan di India bertukar tragedi berdarah apabila pengantin perempuan ditembak mati oleh sepupunya sendiri kerana didakwa ‘curang’. Ketika kejadian Dr Jaishri Namdeo, 29 sedang berdiri bersama suaminya di atas pentas dalam majlis perkahwinan yang dilangsungkan di bandar Bhopal sebelum Anurag Singh menyerbu naik dan melepaskan tembakan rambang. Anurag - pernah menjalin hubungan dengan Jaishri - hadir ke majlis itu dengan menyamar sebagai jurugambar. Dia kemudian cuba membunuh diri namun gagal selepas ditarik tetamu yang berada berhampiran dan membolehkan orang ramai menangkapnya.
Tetamu merampas pistol yang dipegang Anurag dan membelasahnya sementara menunggu polis tiba. Jaishri - seorang doktor kanak-kanak - mati di hospital akibat cedera terkena tembakan di leher. Suaminya, Rohit Namdeo yang bertugas sebagai pakar bedah bagaimanapun terselamat dalam serangan itu. Ratusan tetamu dan ibu bapa mereka pergi ke hospital untuk mendapatkan berita mengenai keadaan pasangan pengantin baru berkenaan. Namun harapan mereka musnah apabila mengetahui Jaishri tidak dapat diselamatkan. Anurag ditahan sementara siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar serangannya dijalankan. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment