Thursday, May 8, 2014

Kerana Hudud, Sultan Brunei digesa jual hotel miliknya di USA yang didiami golongan kaya dan selebriti



Kerana Hudud, Sultan Brunei digesa jual hotel miliknya di USA yang didiami golongan kaya dan selebriti | Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis. Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills. Tetapi ketua Dorchester Collection merupakan rangkaian hotel itu berkata, pelaksanaan hukuman itu disifatkan tidak munasabah dan hanya akan memberi kesan buruk kepada kakitangan hotel.

"Tindakan yang diambil itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan mata pencarian kesemua mereka (kakitangan)," kata Christopher Cowdray memberitahu ahli majlis perundangan bandar Beverly Hills pada mesyuarat majlis malam Selasa. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa. Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.


Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mata pada fasa ketiga. Majlis Perbandaran Beverly Hills meluluskan satu resolusi pada Selasa yang "mengutuk kerajaan Brunei bagi siri undang-undang yang mengenakan hukuman yang sangat keras, termasuk rejam sehingga mati bagi homoseksual dan zina." "Resolusi ini menggesa kerajaan (Brunei) untuk mengubah undang-undang mereka atau untuk melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel bagi memisahkanhotel ikonik yang ketika ini merupakan milik mereka," tambah Datuk Bandar, Lili Rosse. Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.

Majlis perbandaran berkata, mereka akan menghantar resolusi kepada Jabatan Negara bagi meminta Washington untuk "mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutuk dasar kerajaan Brunei." Amerika Syarikat telah "menyampaikan kebimbangan kita secara peribadi kepada kerajaan Brunei," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Selasa, tetapi ia tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei. Datuk Bandar Beverly Hills menyifatkan undang-undang baharu itu sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan." "Mereka mesti memenuhi sokongan kuat untuk hak asasi manusia rakyat Brunei," katanya. - AFP




.

9 Penyokong CHELSEA:

Zasillah Ariffin on May 8, 2014 at 4:32 PM said...

orang brunei rilek rilek..korang plak yang kecohnya...ko takut jgn dtg brunei lah..

Anonymous said...

Tak rugi mana kalau ditutup hotel tu dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah berikan pada negara kami. Mudah2an Allah sentiasa melindungi negara kami dari segala bala bencana, keburukan, kejahatan manusia laknatuallah

Unknown on May 9, 2014 at 8:44 AM said...

saya sokong sultan Brunei..Allahuakbar..

Anonymous said...

Dasar kafir ni takut knpe....mmg ahli neraka lah die org ni...siapa die nk lawan hukum Allah

insan kerdil said...

xkan miskinnya brunei sebb mengikut hukum yg sepatutnya..siapalah kita nk lawn hukum Allah..Brunei negara yg islamic..Allah pasti pelihara....

Anonymous said...

Aku pelik orang kafir ni kalau benda maksiat spt membenarkan homosexs, lesbian pergaulan bebas, pakaian tidak menutup aurat dan lain-lain perkara maksiat mereka tidaklah heboh sangat. Ada tangan-tangan musuh Islam yang memberi gambaran salah tentang hukum hudud. Sokong sultan Brunai.

Anonymous said...

Even sy bkn org brunei tapi sy sokong perlaksanaan hudud yg telah dijalankan di negara
Itu...tak rugi mana pon klu mereka nak tutup hotel
Tu berbanding nikmat yg telah Allah berikan..siapa kita nak menidakkan hukum Allah ? Dasar org kafir nak takut sgt knp..? Semoga Allah sentiasa melindungi umat islam..sokong sultan brunei..Allahu Akhbar..

Unknown on May 11, 2014 at 10:51 PM said...

setiap apa yg allah dan rasulnya suruh pasti ada kejayaan,memng patut pun orang kafir tentang sebab cara hidup mereka bertentangan dengan islam tetapi peliknya ada jugak orang islam menentang hukum hudud padahal orang islam ke atas nama islam tapi dalam hati bukan?

Anonymous said...

Ya Allah peliharalah Sultan Brunei ini kerana menegakkan hukum Hudud dinegaranya amin

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!