Lelaki bergelar 'catman' jadikan singa sebagai anak angkat | SEORANG lelaki di Cape Coral, Florida, Amerika Syarikat tidak gentar tinggal sebumbung dengan seekor singa gunung seberat 90 kilogram. Mario Infanti, 63, yang mendapat gelaran Catman ini telah memelihara Sasha sejak dari kecil seperti anak sendiri lapor DailyMail. "Sasha seperti sebahagian daripada keluarga kami. Saya sanggup buat apa sahaja untuknya seperti seorang bapa," katanya. Gitaris profesional tersebut mendedahkan dia pernah berhasrat untuk memiliki seekor 'kucing' besar selepas menonton filem Tarzan ketika zaman kanak-kanak.
"Akhirnya, saya dapat merealisasikan impian itu dan kami turut menyediakan tempat tinggal berkeluasan 278 meter persegi yang boleh mengakses kolam renang dan tempat permainannya," jelasnya agi. Menurutnya, kadangkala Sasha akan berkelakuan ganas apabila ia terlalu teruja ketika sedang bermain dengan mereka. Infanti telah menghabiskan lebih AS$118,000 (RM381,000) untuk penjagaan Sasha termasuk tempat tinggal haiwan tersebut yang menelan kos sebanyak AS$33,700 (RM109,000). -AP
.
1 Penyokong CHELSEA:
tak takut ke harimau tu gigit..ish3..kucing pun sifatnye mencakar dan menggigit inikan pula singa..oh my
Post a Comment