Punca Airbus A380 Singapore Airline ke Hong Kong berpatah balik ke Singapura | Penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Hong Kong terpaksa berpatah balik ke Singapura tengah hari tadi selepas juruterbang menerima amaran mengenai masalah pada pintu kargo, menurut syarikat itu. Pesawat Airbus A380 yang membawa 263 penumpang itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi. Menurut jurucakap SIA, penumpang berkenaan kemudian dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas pada jam 0900 GMT (5 petang). “Penerbangan SQ866 Airbus A380 dari Singapura ke Hong Kong kembali ke Lapangan Terbang Changi tengah hari tadi berikutan amaran dalam kokpit mengenai masalah pada satu pintu kargo. Jurutera SIA sedang menyiasat kenapa amaran itu keluar," menurut jurucakap SIA. - AFP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment