Saturday, May 10, 2014

Rupanya siri kartun Doraemon tidak pernah ditayangkan di negara ini


Rupanya siri kartun Doraemon tidak pernah ditayangkan di negara ini | Watak kucing biru berkepala besar, Doraemon kini bakal membuat penampilan pertama kerana siri kartun itu akan disiarkan di Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama pada tahun ini. Pihak stesen TV Asahi yang memiliki hak penerbitan siri kartun popular itu menandatangani perjanjian dengan Disney untuk menyiarkan siri kartun Doraemon itu. Ia dialih suara ke bahasa Inggeris. Penjelasan itu dibuat seorang jurucakap TV Asahi.

Sebanyak 26 episod akan disiarkan mengikut kesesuaian cita rasa penonton di AS. Doraemon merupakan watak animasi yang dicipta oleh Fujiko F. Fujio. Ia pertama kali disiarkan dalam bentuk kartun manga pada tahun 1969 sebelum disiarkan di televisyen beberapa tahun kemudian. Cerita itu mengisahkan robot kucing berwarna biru tanpa telinga yang datang dari abad ke-22 itu oleh seorang budak lelaki bernama Nobita yang mahu mengubah nasib keluarganya. - AFP




.

1 Penyokong CHELSEA:

POHPALEH BURGER on May 15, 2014 at 9:38 AM said...

br 1st time nk ditayangkn di US.. bkn kt mana2 negara atau pun dimalaysia ;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!