Sedih!! Raungan seorang lelaki melihat rakan baiknya maut dalam kemalangan | “Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan,” raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam. Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown.
Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang. “Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan. “Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan,” katanya. -SH
.
2 Penyokong CHELSEA:
sedihnyaaa :(
OMG
Post a Comment