Bengkel kereta khas untuk wanita elak ditipu dan dilengkapi dengan perkhidmatan lain | Sebuah bengkel kenderaan khusus untuk kaum wanita yang turut menawarkan perkhidmatan rias kuku dan urutan badan dibuka di ibu kota Perancis di sini. Bengkel itu, Only Girls mula beroperasi pada Mei lalu dan memberi perkhidmatan kepada wanita yang merasakan mereka kerap ditipu dan dikenakan caj mahal oleh mekanik lelaki di bengkel lain. Sejak sebulan beroperasi, Only Girls menerima 40 pelanggan setakat ini dengan dua pertiga daripada mereka terdiri daripada golongan wanita.
"Apabila anda seorang wanita, ia seperti ada cop 'ini mangsa' di dahi anda," kata seorang pemilik kereta berusia 42 tahun, Sandrine Hautenne. "Saya pernah mengunjungi tiga bengkel berlainan dan diberikan tiga anggaran harga berbeza tetapi apabila saya menghantar bapa saudara saya, harga yang ditawarkan menjadi lebih rendah," tambahnya. Only Girls menyediakan beberapa mekanik wanita berpengalaman yang bukan sahaja bekerja membaiki kereta tetapi turut mengajar pelanggan tentang aspek kenderaan. - AFP
.
3 Penyokong CHELSEA:
wahh bagusnya ada bengkel macam ni ! serius mmg rasa mcm boleh ditipu je aku ni kalau pegi bengkel sbb cetek ilmu pasal keter2 ni..hihi
kan bagus ada kat malaysia kan..xde la rasa semacam je nak anta kereta...huhu
Post a Comment