Friday, June 13, 2014

Cara KJ mohon cuti dari bos @ Perdana Menteri.. hehe


Cara KJ mohon cuti dari bos @ Perdana Menteri.. hehe | Gara-gara demam Piala Dunia FIFA 2014, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat memuat naik status di entri Twitter miliknya,@Khairykj yang disifatkan sedang mencuba nasib dan bergurau memohon cuti daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Khairy yang digambarkan dalam keadaan demam panas dan mengalami sakit-sakit badan memohon maaf kerana tidak berupaya untuk bekerja pada hari ini serta akan memberikan surat pengesahan sakit (MC) kepada Najib di laman twitter, @NajibRazak. “@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dpt kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib”, tulisnya di laman mikro tersebut.

Status yang dimuat naik oleh Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO telah mendapat komen dan respons daripada para pengikutnya (followers) di Twitter. Status yang dianggap mempunyai unsur jenaka itu telah mendapat retweet sebanyak 4080 ribu dan favorites sebanyak 1398 ribu. Susulan daripada itu, beberapa selebriti terkenal dan juga pengikutnya turut meninggalkan komen yang memuji tindakan beliau serta merayu kepada Najib agar meluluskan permohonan Khairy untuk mengambil cuti. Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun dengan akaun miliknya,@hafizhamidun, berkata kepada Khairy, “nicetry,”(cubaan yang baik).

Manakala Muhammad Fairuz,@FairuzJumain dalam nada ketawa, berkata, “hahaha, semoga permohonan berjaya. Dalam pada itu, kehangatan perlawanan bola sepak dunia terus dirasai apabila Piala Dunia 2014 membuka tirai dengan aksi pembukaan antara Brazil dan Croatia di Arena Corinthians jam 4 pagi tadi. Bagi kempen Piala Dunia 2014 malam tadi, Brazil berjaya membenam Croatia, 3-1, pada pertemuan pembukaan Kumpulan A. Piala Dunia 2014 bakal menyaksikan 32 negara berentap merebut gelaran juara bermula 12 Jun hingga 13 Julai nanti. - mD




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!