Monday, June 30, 2014

Cara unik Twitter rai kedatangan bulan Ramadan


Cara unik Twitter rai kedatangan bulan Ramadan | Laman gergasi media sosial Twitter, turut meraikan bulan suci umat Islam, Ramadan dengan pelancaran be­be­rapa hashtag baharu yang membolehkan pengguna mengeta­hui waktu berbuka puasa. Para pengguna Twitter yang menulis tweet dengan hashtag #Ramadan dan #Eid akan melihat satu paparan bulan sabit dan huruf Arab muncul dalam mesej mereka, kata syarikat laman sosial itu seperti yang dilapor nydailynews.com. Selain itu, para pengguna yang menulis tweet pada akaun Twitter a-Arabiya (@AlArabiya) dengan hashtag #imsak atau #iftar diikuti nama bandar yang didiami, akan menerima maklum balas segera waktu bersahur dan berbuka puasa.

Bagi 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan untuk muhasabah diri. Penganut Islam juga sering menggunakan laman media sosial untuk berkongsi pengalaman berpuasa mereka. Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 74.2 juta tweet mengenai Ramadan dicatat di seluruh dunia, kata penyelidik laman sosial Twitter. Frasa yang popular sepanjang bulan puasa terutamanya di Mesir dan Arab Saudi ialah ‘May you be in good health’, malah ‘Prayer’ merupakan antara perkataan yang kerap digunakan semasa Ramadan. Di Amerika Syarikat, pengguna Twitter gemar berkongsi tentang ca­baran berpuasa dalam tempoh yang panjang berbanding negara lain. -Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!