Restoran dan hotel diingat tidak promosi Buffet Ramadan tiada sijil halal | Restoran dan hotel di Perak diingatkan supaya tidak menawarkan promosi berbuka puasa atau 'Buffet Ramadan' tanpa mempunyai perakuan sijil halal yang sah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan bertindak tegas terhadap aduan masyarakat awam berhubung perkara itu. Beliau mengingatkan peniaga makanan termasuk bukan Islam supaya tidak menjual makanan kepada umat Islam pada waktu siang terutama pagi dan tengah hari dalam Ramadan.
Sementara itu, Pengarah Jaipk Datuk Mohd Yusop Husin berkata mana-mana pengusaha premis yang tidak mempunyai sijil halal tetapi mengadakan buffet Ramadan boleh didenda sehingga RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan. Di samping itu, beliau berkata umat Islam yang didapati tidak berpuasa dan makan, minum atau merokok di tempat terbuka boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan. Orang ramai boleh melihat senarai premis yang mempunyai sijil halal di laman web Jaipk dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), katanya. - Bernama
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment