Monday, June 23, 2014

Tragis!! Lagi kes rogol dan bunuh, kali ini di Pakistan


Tragis!! Lagi kes rogol dan bunuh, kali ini di Pakistan | Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir, dibunuh dan mayatnya digantung pada pokok, dalam satu kes yang hampir sama dengan kejadian pemerkosaan dan pembunuhan dua gadis di India bulan lalu. Polis di Pakistan berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab. Seorang daripada mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib, mengaku merogol dan membunuhnya. Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya. Menurut polis, apabila mangsa enggan, mereka bergaduh. Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.

Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri. Menurut polis, Saqib berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur. Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja. Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu. Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan. Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Dalam kejadian serupa di utara India bulan lalu, dua gadis berusia belasan tahun ditemui tergantung pada sebatang pokok selepas dirogol secara bergilir-gilir. Tiga lelaki ditangkap sementara dua anggota polis ditahan kerana cuba menyembunyikan jenayah itu. - Agensi





.

1 Penyokong CHELSEA:

MissNadia on June 24, 2014 at 10:11 AM said...

melampau la mereka ni.. kejam sungguh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!