Thursday, July 31, 2014

Alahai musim belum bermula, Manchester United sudah mulai diejek penyokong


Alahai musim belum bermula, Manchester United sudah mulai diejek penyokong | SALURAN televisyen rasmi Manchester United (MUTV) diejek penyokongnya apabila melakukan kesilapan nama pemain pada grafik kesebelasan utama. Kesilapan itu dilakukan MUTV dalam siaran langsung perlawanan antara United menentang Inter Milan sempena Piala Kejuaraan Antarabangsa di Amerika Syarikat pada Rabu. Dalam grafik kesebelasan utama perlawanan pramusim itu, MUTV menyiarkan gambar Wayne Rooney dengan nama Mata (Juan Mata) dan gambar Mata diletakkan nama Rooney.


Selain itu, kesilapan yang memalukan turut berlaku pada barisan pertahanan, penjaga gol dan barisan pemain tengah. Gambar David De Gea diletakkan nama penjaga gol simpanan, Anders Lindegaard; Rafael menjadi Chris Smalling, manakala gambar Jonny Evan dan Phil Jones juga tertukar nama. Dalam perlawanan itu, United berjaya melakar kemenangan ketiga dengan membenam Inter Milan 5-3 menerusi penentuan penalti selepas permainan berkesudahan dengan 0-0. Tindakan itu telah menyebabkan grafik berkenaan menjadi viral di laman sosial dan bahan ejekkan peminat dan musuh United. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Yun Sing on July 31, 2014 at 11:35 AM said...

Adoi.. *facepalm*

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!