Wednesday, July 30, 2014

Data dari kotak hitam MH17 kini mula didedahkan


Data dari kotak hitam MH17 kini mula didedahkan | Data daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu menunjukkan pesawat berkenaan musnah akibat terkena serpihan peluru berpandu, lapor seorang pegawai negara ini, hari ini. Jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko dalam sidang akhbarnya berkata, maklumat awal tersebut diperoleh daripada pakar Britain kemalangan udara yang ditugaskan untuk menganalisis data kotak hitam terbabit sebelum diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda.

Jelasnya, penyiasat antarabangsa mendapati, punca pesawat itu musnah dan terhempas disebabkan ‘letupan penyahmampatan yang kuat’ akibat terkena beberapa serpihan letupan peluru berpandu. Bagaimanapun, pihak berkuasa Belanda enggan mengesahkan maklumat daripada kerajaan Kiev itu kerana mahu menunggu gambaran yang lebih jelas tentang punca sebenar kejadian. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!