Friday, July 18, 2014

Kantoi menerusi CCTV, dua remaja nekad curi 8 tabung masjid


Kantoi menerusi CCTV, dua remaja nekad curi 8 tabung masjid | Kariah Masjid Al-Khauthar, Umbai, di sini, dikejutkan dengan kecurian lapan tabung milik masjid itu oleh dua remaja lelaki awal pagi tadi. Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji. Kejadian itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat subuh dan sebelum ini memang pernah ada kejadian kecurian seperti ini dan pihak masjid sepakat memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan.

Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid. Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on July 18, 2014 at 9:04 AM said...

Allahukbar..dalam bulan2 puasa pun masih nak buat jahat kan? x tau nak insfa ker

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!