Thursday, July 3, 2014

Kejadian mengejutkan di balai polis



Kejadian mengejutkan di balai polis | Selepas datang mengejut ke sebuah balai dan meminta anggota polis memberkasnya, seorang lelaki mengelar diri sendiri hingga maut dengan serpihan kaca. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut mati akibat cedera parah. Menurut sumber, ketika berada di balai berkenaan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang pertimbangan lalu memecahkan cermin tingkap balai sebelum mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca. Sementara itu, adik perempuan mangsa yang dikenali sebagai Rani, 26, mendakwa, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh pada Isnin lalu dengan mengatakan hendak menyelesaikan kerja termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang, Selangor.

“Abang keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang Isnin lalu dan beberapa jam kemudian ibu saya menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah. “Sebelum ini abang beritahu dia ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi ibu saudara sudah ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam. Katanya, selepas hampir tiga hari abangnya tidak pulang ke rumah, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis pada jam 1 pagi semalam yang memaklumkan abangnya itu sudah meninggal dunia dalam balai polis.

Mangsa yang masih bujang difahamkan pernah melakukan perkara hampir sama di sebuah balai polis di Sungai Buloh pada April lalu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon memaklumkan, ketika kejadian, terdapat empat anggota berada dalam balai tersebut, sementara yang lain sedang berbuka puasa. “Kejadian secara mengejut. Semua anggota di balai tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam. -SH




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!