Ketumbuhan pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun, yang dipercayai terbesar di dunia berjaya dibuang | Pakar bedah di China, di sini semalam berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai terbesar di dunia seberat kira-kira 110 kilogram yang tumbuh pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun lalu. Yang Jianbin, 37, berasal dari wilayah Shanxi, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna hitam pada bahagian belakang kaki sebelah kanan dan menyedari ketumbuhan itu mula membesar sejak umur sembilan tahun. Mail Online melaporkan, pada usia 12 tahun, ketumbuhan itu menjadi saiz sebesar penumbuk dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bagaimanapun, ketumbuhan terbabit kembali membesar sehingga mencapai berat 100 kilogram dan seluas 1.2 meter. Ketua pembedahan, Chen Minliang berkata, Jianbin menderita ketumbuhan jenis Neurofibromatosis iaitu penyakit genetik yang mengganggu pertumbuhan fizikal dan perkembangan sel tisu pesakit. "Operasi pembedahan membuang tumor itu melibatkan sembilan pakar bedah dan mengambil masa kira-kira 16 jam selain menggunakan 5,000 milimeter darah," katanya.-AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment