Friday, July 18, 2014

Kisah sedih dari Kuching, Sarawak mengenai tragedi pesawat MH17


Kisah sedih dari Kuching, Sarawak mengenai tragedi pesawat MH17 | Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara. Katanya, anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.


Dia yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata, sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti. Menurutnya, pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi ini dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen. Kediamannya di sini sudah mula dipenuhi sanak saudara, termasuk daripada keluarga menantunya sejak awal pagi dan suasana pilu memang tidak dapat digambarkan, susulan tragedi berkenaan. Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan. - BERNAMA





.

3 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on July 18, 2014 at 2:13 PM said...

sememangnya sedih dan menyayat hati... salam takziah dan al-fatihah...

Unknown on July 18, 2014 at 2:16 PM said...

Alfatihah..pemergian mereka di bulan Ramadan yang mulia
http://vitamincintaummi.blogspot.com

Juls Julie80 on July 18, 2014 at 2:47 PM said...

Innalillahhiwainnailaihirajiuun...

Kejadian yang menyayat hati. Disaat MH370 tiada jawapan, disusuli kes penculikan di Sabah masih dlm rundingan..sekarang MH17 pula jadi sasaran..

takziah buat semua keluarga mangsa & Al-Fatihah utk mangsa yg beragama Islam :'(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!