Tuesday, July 29, 2014

Pasangan suami isteri ini jalani upacara perkahwinan selepas 68 tahun



Pasangan suami isteri ini jalani upacara perkahwinan selepas 68 tahun | Zaman sekarang, pasangan yang akan berkahwin biasanya akan memilih sebuah pakej perkahwinn, bermula dari foto praperkahwinan hinggalah memilih gaun cantik. Namun berbeza dengan masa lalu, yang kebanyakan pasangan sukar untuk mendapatkan majlis dan sambutan perkahwinan yang mewah. Inilah yang terjadi pada pasangan Heqin Zou dan Chen di Hunan, China yang telah berkahwin sejak tahun 1946, namun barulah boleh mengenakan gaun cantik dan bergambar 68 tahun kemudian. Heqin Zou adalah seorang tentera pencen berusia 93 tahun yang telah terlibat dalam peperangan di China. Dia memasuki tentera pada usia 17 tahun dan terlibat dalam Battle of Kunlun Pass.

Setelah perang tersebut, Zou pun kembali ke rumah dan diperkenalkan dengan Cunhua Chen yang dikahwininya tahun 1946. Disebabkan masa peperangan yang panjang, pasangan ini hanya mampu menjalani upacara sederhana tanpa majlis, cincin mahupun gambar perkahwinan. “Hidup kami memang sukar, tapi Zou selalu optimis, dan dia sangat baik padaku,” tutur Chen. Meskipun berperang, namun Chen mengaku selalu setia menunggu Zou untuk segera pulang, hingga akhirnya dia pencen pada tahun 1982.

Para sukarelawan yang datang mengunjungi para tentera yang telah pencen tersentuh dengan kisah Zou dan Chen, dan memutuskan untuk membantu keduanya menjalani upacara perkahwinan secara rasmi. Di hari pengambaran, Chen yang didandan dengan gaun putih dengan makeup pertama kali dalam hidupnya, membuatkan Zou terpesona, begitu juga saat Zou mengganti pakaiannya dengan tuxedo yang langsung membuat Chen terpesona. Meskipun sukar berjalan, namun Zou dan Chen berusaha berjalan dengan bergandingan tangan ke studio dan menjalani pengambaran.-AP



.

2 Penyokong CHELSEA:

mrhanafi on July 30, 2014 at 7:44 AM said...

macam -macam ada orang dalam dunia ini..

Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

Yun Sing on July 30, 2014 at 7:54 AM said...

Aww.. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!