Sunday, July 27, 2014

Pembunuhan kejam keatas remaja yang sedang hamil



Pembunuhan kejam keatas remaja yang sedang hamil | Seorang lelaki berusia 22 tahun mencekik bekas kekasih remajanya yang hamil sehingga mati sebelum menyumbat mayat wanita malang itu ke dalam bagasi dan menanamnya di dalam kubur bapa saudaranya. Ben Blakeley dipenjara sekurang-kurangnya 20 tahun kerana membunuh teman wanitanya Jayden Parkinson, 17, sehari selepas remaja itu memberitahu dia mengandung anaknya. Hakim Mahkamah Crown Patrick Eccles ketika menjatuhkan hukuman berkata tindakan Blakeley menanam mayat mangsa dalam kubur bapa saudaranya sebagai ‘gila’. Sebelum itu, mahkamah dimaklumkan Jayden pernah membuat laporan terhadap Blakeley selepas diugut menyiarkan gambar intim serta video bogelnya di Facebook.

Bekas pengutip sampah itu membawa bagasi berisi mayat Jayden menaiki teksi ke tanah perkuburan berhampiran sebelum menanamnya di dalam kubur bapa saudaranya. Ketika masih remaja Blakeley pernah memberitahu pekerja rumah anak yatim tempat dia membesar bahawa menanam mayat dalam kubur lama akan menjadi kaedah pilihannya jika perlu menutup jejak pembunuhan kerana tindakan itu menyukarkan ujian DNA serta pengecaman mayat. Sepanjang perbicaraannya juga Blakely menampakkan sikapnya yang panas baran dan ganas apabila berkali-kali cuba mengambil alih prosiding, malah pada satu ketika selamba meninggalkan kandang tertuduh menyebabkan mahkamah ditangguhkan.

Peguam bela Richard Benson berkata, Blakeley menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya apabila menulis surat meminta maaf kepada paderi yang menjaga tanah perkuburan terbabit. Menurutnya, perbuatan Blakeley akibat perasaan marah yang tidak dapat dikawal disebabkan cemburu apabila percaya Jayden yang sudah memutuskan hubungan dengannya ketika kejadian mempunyai teman lelaki baru. Namun, sebenarnya Blakeley terkenal sebagai seorang yang baran dan mempunyai rekod mendera semua bekas teman wanitanya termasuk Jayden kerana sifatnya terlalu cemburu sehingga tidak membenarkan mereka berkawan dengan sesiapa malah turut merampas telefon bimbit mereka selain melakukan penderaan fizikal. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!