Monday, July 14, 2014

Tragis!! Wanita maut ditolak kekasih dari aras 12 kondominium



Tragis!! Wanita maut ditolak kekasih dari aras 12 kondominium | Seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari aras 12 kediaman yang dihuni mangsa di kondominium D' Aman Crimson, di sini, hari ini. Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Rosdi, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu mangsa berusia 30-an dipercayai jatuh dari tingkat 12 sebelum mayat mangsa tersangkut di aras dua kondominium berkenaan. Rosdi memberitahu sebelum ini, dia kerap mendengar pasangan kekasih terbabit bertengkar dan tidak menyangka ia akan berakhir dengan tragedi wanita itu ditemui mati. Difahamkan wanita berkenaan yang juga bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai berhampiran kediamannya sudah lebih lapan bulan menetap di kawasan berkenaan. Menurut saksi lagi sebaik kejadian teman lelaki mangsa terus menghilangkan diri dan masih dikesan. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!