Thursday, July 3, 2014

Wanita potong tangan anak tiri dalam satu kejadian ngeri yang mengejutkan semua



Wanita potong tangan anak tiri dalam satu kejadian ngeri yang mengejutkan semua | Seorang wanita memotong tangan kanan anak tirinya yang berusia tujuh tahun dengan pisau dan membuangnya ke dalam saluran najis di luar rumah mereka. Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila suspek yang dikenali dengan nama keluarganya, Wu, 35, secara mengejut melakukan perbuatan itu. Ia disedari oleh datuk mangsa selepas mendengar jeritan kanak-kanak itu. Berikutan kejadian ngeri itu, anggota keluarga dan jiran kanak-kanak berkenaan, Xiao Ting, melancarkan gerakan mencari tangan mangsa di kawasan berhampiran dan pada masa sama menahan wanita berkenaan.

Bapa Xiao Ting berkata, isterinya mengidap penyakit mental dan bergantung kepada ubat untuk menenangkan perasaannya. Dia dilapor memberitahu anggota keluarganya supaya tidak mencetuskan kemarahan wanita itu. Menurut laporan, Wu tinggal bersama-sama keluarga suaminya sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak sendiri. Wu kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!