Tuesday, August 19, 2014

Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji..



Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji.. | Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari. Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat. Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

 The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur. Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman. Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. "Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek. "Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan." Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama. Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150. -Mstar




.

99 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on August 19, 2014 at 10:16 AM said...

mmg xpernah beli sbb was² n selalu fkr air ni xbersih

Mia Kassim on August 19, 2014 at 1:14 PM said...

Sebab tu saya tak beli air dari mesin tu....mmg x terjamin kebersihannya huhu

Unknown on August 19, 2014 at 2:28 PM said...

adeh...
ni yg x syok dngar nie.
shark salah seorang pengguna mesin air nie,

hasliynda umairah beauty on August 19, 2014 at 4:04 PM said...

bahaya utk kesihatan

Mommy Nia on August 19, 2014 at 5:27 PM said...

aisyemen...mcm ni pun ada. nak jimat dpt skt lak

Unknown on August 19, 2014 at 6:18 PM said...

Good info!
Setuju.

Tak terkejut kalau terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens dalam mesin air tapisan begini..

Sebab
jarang benar dilihat mesin ini diselenggara atau ditukar penapisnya.

Pembeli nak cari air tapis yang murah.
Penjual nak cari untung lebih banyak dengan kos yang lebih rendah.

Akibatnya~mesin ni tidak diselenggara dan kita penggina yang jadi mangsa.

Terima Kasih atas sharing ni.

Dah tiba masanya pihak berkuasa peka dengan isu begini.

WaAllahualam

Salam kenal
Che'pah

Jemput singgah
www.latifahsuleiman.blogspot.com

Anonymous said...

Artikel ini mengundang beberapa pertanyaan iaitu :
1. Mesin ini menggunakan sumber air yang telah terawat dan sumber air terawat ini sudah tentu telah ada klorin.
2. Apakah motif penyelidikan ini? Jika hendak menyelidik sampel air seharusnya semua air2 mineral dan RO dipasaran harus dirawat juga.
3. E. Coli? Bukankah ianya daripada daging tercemar? Ada kes E.coli daripada mesin air layan diri ini?
Seharusnya artikel ini perlulah lebih telus.

Anonymous said...

Laporan ni sahih ke? Bkn ke air yg ditapis adalah dr air terawat air paip? Mcm mana klorin tak dikesan? Tak lojik...takkan la mesin tu ambik air dr kolam....tipu nih...

Anonymous said...

Tak semua mesin air ni tak bersih....mesin kalau bersih dan tidak berlumut...boleh percaya sbb owner jaga kebersihan mesin tu dan selalu dtg bersihkan mesin...utk makluman semua, mesin perlu diselenggara setiap 3 bln dan penukaran filter dilakukan berkala setiap bln, 3 bln, 6bln, 9 bln dan setahun...klu tgk mesin tu kotor dan kelihatan tidak dibersihkan, maknanya owner pemalas dan tak bertanggungjwb...bkn sbb jenama air tu tak bagus...bg sy semua jenama penapis air ni bagus...tp klu malas tukar filter, jenama apa pun jd tak baik gak... :)

Anonymous said...

Setuju dgn Anonymous 8:16.........Air ni dari sumber paip yg dirawat sama seperti di rumah2 dan di lot2 kedai...andai air ni dah tercemar, sama juga yg dirumah2 dah kedai2 sepatutnya terkena cemaran yg sama.. apa niat sebenar article ni.?

sahabatsabrimamat on August 20, 2014 at 9:53 AM said...

utk pengetahuan pengguna. mesin air ni proses dari sumber air yg sama disalurkan ke rumah2. premis2 jualan makanan. semuanya diambil dari punca yg sama. syabas. saya salah seorang pengusaha mesin air ni.. sy pun dah baca laporan the star semalam. apa yg jadi isu pemilik vending tidak menguruskan vending mereka dgn baik. utk pengetahuan semua. syarikt kami memang dilatih utk menguruskan mesin dgn baik. dr sukida. sekian..

Anonymous said...

Guna sistem penulinan air RO dari ELKEN adalah yang terbaik. Wajib pasang drumah kita semua.

Tudung Labuh Online on August 20, 2014 at 10:13 AM said...

Kalau bahagian ni memang tak suka

Kita bayar untuk air bersih. Katanya ada lampu UV bunuh kuman

Tapi kalau macam ni.. Apa guna kita bayar.

Air paip pun lebih selamat

Anonymous said...

Hati2 berkemungkinan terdapat haiwan seperti anjing menjilat nozzle air trsebut di sebabkan oleh baki titisan air. Ini untuk mesin yang nozzlenya jenis rendah

Anonymous said...

E.coli drp daging tercemar?? Anda pasti??

amali on August 20, 2014 at 10:32 AM said...

Sy setuju..statement menyatakan tercemar spt air tidak terawat (air kumbahan) kalo begitu sah2 air paip pun tercemar..

Emmie van Halen on August 20, 2014 at 10:33 AM said...

Bagus.

Unknown on August 20, 2014 at 10:36 AM said...

Aku dh 3 tahun beli dr mesin ni...xpnh minum air masak...so far alhamdulillah...xde kemudaratan....orang kita ni mudah dengar dr mencuba....sbb tuh semua nye xboley...

Unknown on August 20, 2014 at 10:36 AM said...

Aku dh 3 tahun beli dr mesin ni...xpnh minum air masak...so far alhamdulillah...xde kemudaratan....orang kita ni mudah dengar dr mencuba....sbb tuh semua nye xboley...

Azlan on August 20, 2014 at 11:01 AM said...

Kalau mesin ada bakteria sudah tentu air paip dirumah lagi banyak bakteria kan secara logik kerana sumber air adalah sama. Tentang ketiadaan klorin dan florida memanglah sudah dinyah sama juga dengan penapis air reverse osmosis yang lain dirumah tiada bezanya. Memang kita perlu peratus florida tapi tidak perlukan klorin semasa minum. Objektif Laporan tersebut mesti ada perbandingan dengan semua mesin penapis air komersil, di rumah serta air paip. Mesti ada penanda aras dan mesti bagi tau adakah klorin baik juga untuk diminum selain menghapuskan bakteria.

Anonymous said...

Bukan mesin ni dia sambung dari air paip yg terawat jg ke?

Anonymous said...

@Anonymous adakah artikel ini bertujuan jahat mahu sabotaj company RO water machine dan membantu company syarikat penapis air lain?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on August 20, 2014 at 11:24 AM said...

sure ke artikel nie? hurm..maera memg sokmo guna air dari mesin tapis tu sb kt umah takda tapis air.maklumla umah sewa soo kita ak psgla.huahua..

Norliza Osman on August 20, 2014 at 11:29 AM said...

hai...salam perkenalan.
ishhh takut dgr.... kat umh mmg ada penapis air tp kalau tak de air kadang tu saya ambil kat mesin ni.
erm thanks for infomation. pas ni dah tak mo la amik air kat mesin ni...

Unknown on August 20, 2014 at 11:58 AM said...

Sy dealer mesin sukida dan ada 2 mesin..mesin sy dservis penapis setiap bulan. Sukida jg ada mmbayar lesen pd jabatan berkenaan penapis air dan kualiti air. Takkan nak tunjuk pd org kita servis mesin tu..kami servis malam waktu tiada pelanggan ambil air. Nyatakan jenis air ro atau mineral dan nyatakan jenama. Kalau la air mcm ni xbersih,bygkan air paip yg dbekalkn yg kita terus rebus dan mbasuh.. Lainkali masa technician servis,pergi tengok mcm mana karat yg melekat pada penapis tu. Siap berlendir lg karat tu. Nasihat sy,taip tu biar jelas,terperinci dan tepat bukan main sedap jari nak menaip menari berpedamg atas keyboard tu.

Unknown on August 20, 2014 at 11:59 AM said...

Betul tu..sy pon dealer sukida ada dua mesin dan servis tetap tiap bulan.. Dia xtgk pon lendir karat dr air paip yg melekat pada penapis luar tu. Main taip je ikut paper.. Kesal betul

Anonymous said...

@Anonymousbetul tu..klu umah yg pasang penapis air pun kna rajin cuci..

Unknown on August 20, 2014 at 12:03 PM said...

Sama ja pun saluran air untuk mesin ni dgn yang d rumah..jd apalah bezanya beli air dari mesin n tapis dirumah sendiri..??sedangkan di rumah kita masak air pun kuman tak mati mati..

Anonymous said...

Baca boleh..percaya jangan. Klu betul la statement nie, dh lama kementerian kesihatan ambil tindakkan. Sbb perkara nie melibatkan rakyat. Tapi klu nk beli mesin air kat rumah tu lg bagus. Sbb x payah keluar rumah tuk beli air...

Anonymous said...

Stratergi perniagaan..kondem product lain...up product sendiri..

Anonymous said...

pena juga wktu student dulu test2 air ni. time praktikal kt perlis. bacaan klorin mmg tidak ada.

Anonymous said...

saya setuju

Anonymous said...

ada muslihat ni

Anonymous said...

Ini semua bisnes...semua akan promo mereka punya barang.. sblm tu reka cerita yg bukan2.. politik

Anonymous said...

E coli mana2 ada...to determine the safe consumption of water, biasa dia sukat lah dlm sekian2 jumlah ada berapa e coli...should be remembered, apa bakteria pun, ability to cos disease dia vary on quantity..ada 100k quantiti bru cos disease(salmonella)..ada 100 je dah cos disease..(shegella)....

Anonymous said...

Kalau ikut cerita the star, semua tak elok. Akhbar cina rasis. Dia marahlah sebab kalau ramai guna mesin ni, tokey tokey cina yang jual mesin penapis air yang harga beribu ribu tu rugilah. Cina bukan boleh percaya. Ni strategi dorang nak jatuhkan bisnes orang lain.

nazri on August 20, 2014 at 2:00 PM said...

Ada member beli hari tu simpan 3 4 hari nampak macam lumut di dalam botol. Saya sekarang guna mesin air coway. Air suam, sejuk dan panas. Disahkan bersih. Nak beli leh call saya. 0182997288 Nazri

nazri on August 20, 2014 at 2:00 PM said...

Ada member beli hari tu simpan 3 4 hari nampak macam lumut di dalam botol. Saya sekarang guna mesin air coway. Air suam, sejuk dan panas. Disahkan bersih. Nak beli leh call saya. 0182997288 Nazri

Anonymous said...

Air mesin ni kualitinya setara la dgn harga murah, 20 sen seliter. Pakai Bio Aura bagus, pm sy utk detail.

Anonymous said...

Klau air dari pnapis pun suda tdak bersih apa lgi klau tnpa pnapis..kjian ni harus myeluruh klau bukan ada mksud lain...rokok mmbhayakn ksihatan knpa tdak buat kjian trprinci yg sda nmpak ktara kesannya

Anonymous said...

Betul3x... Kalu x sihat napa plak kkm bgi kelulusan.. Paduhal semua mesin ni brsambung dari air paip terawat..kalu mauk tgk semua air yg kita minum dlm dunia ni sama saja.. Kalu korang penah p loji air baru la kamu tau macamana air yg kita minum tu...kami org ni minum air dari bukit berkurun2 ma...

Anonymous said...

Dan dan la ada org start meniaga kat sini.. dah mcm iklaneka dah.... hahahahahaha

Unknown on August 20, 2014 at 3:12 PM said...

Selama ini kita minum air yg tercemar lah ehhh...
Semua tidak selamat sekarang nie..

Anonymous said...

yg nak up product sendiri, xyah la jatuhkan brand2 lain.. hadei..yg buat kajian pun namakan terus product tu kalo dah salah.. xkan sorang bercerai yg lain pakat2 nak berpesan jgn dok kawen nnt bercerai??? my2cent je.

Isralife Sarawak on August 20, 2014 at 3:19 PM said...

Da tentu2 mesin ni bersambung dengan paip..nak kata air paip xde klorin dengan tak di rawat ke..mesin ni cuma tapis je..hek elehai admin..aptb

Unknown on August 20, 2014 at 3:31 PM said...

ramai pulak buat iklan 'MENAGGUK DI AIR YG KERUH'.. sekian

Anonymous said...

Bagus la takde klorin..bukan bagus klorin utk badan kita. sama la dgn floride. kita cuma patut ambil dlm nisbah yg kecil je.Bakteria bleh membiak atas banyak sebab. sekitar kotor salah 1 sebab. cuma kalau beli air tu pilih la kat penapis yg nampak bersih.

Nazim Zainal on August 20, 2014 at 5:19 PM said...

Air yg paling bersih & terawat adalah Air RX Water, Produk ciptaan Profesor Dato Dr Noordin Darus. Ia menggunakan teknologi Bamboo Qunn & Samak Air dgn tanah liat. Mmg sedap utk d minum & boleh merawati penyakit2 kronik spt darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, GOUT & lain2. Jika anda brminat nk beli RX Water boleh Call saya dgn no ini 012-5460835 Naji. TQ

Anonymous said...

Nk bersih beli la satu mesin penapis sendiri kt umah...tp jgn beli ngan cina beli ngan org melayu...support la skit biz org kita

Anonymous said...

Hehe. Humm. Tp rasanya mungkin sebab nak kenekn lesen n yuran bagai utk pengendali mesin ni.. bukan sebab nk cek air sangat. Air tu pun mesin tapis je. Kalo slalu di mantain n tukar filter air. Ok je..

Anonymous said...

Ade terhidu niat jahat disebalik artikel ni.

Anonymous said...

Minum jer

Unknown on August 20, 2014 at 7:04 PM said...

Sy dealer mesin sukida dan ada 2 mesin..mesin sy dservis penapis setiap bulan. Sukida jg ada mmbayar lesen pd jabatan berkenaan penapis air dan kualiti air. Takkan nak tunjuk pd org kita servis mesin tu..kami servis malam waktu tiada pelanggan ambil air. Nyatakan jenis air ro atau mineral dan nyatakan jenama. Kalau la air mcm ni xbersih,bygkan air paip yg dbekalkn yg kita terus rebus dan mbasuh.. Lainkali masa technician servis,pergi tengok mcm mana karat yg melekat pada penapis tu. Siap berlendir lg karat tu. Nasihat sy,taip tu biar jelas,terperinci dan tepat bukan main sedap jari nak menaip menari berpedamg atas keyboard tu.

Kamal I do I re I mi I on August 20, 2014 at 8:05 PM said...

Ini tak lain tak bukan kerja dari pihak MLM/Jurujual yang Mesin Penapis untuk kegunaan dalam rumah.. Biasalah produk tak laku... Agak-agakla nak cakap air tu tercemar.. Habis tu Indah Water/SYABAS/Syarikat Bekalan Air tak buat kerja ke? Cuba fahami maksud LOJI RAWATAN .. Kat mana Syarikat Bekalan ada LOJI LAWATAN.. Takkan la air tu tak dirawat dahulu sebelum disalurkan dari rumah ke rumah.. Nak buat cerita or fitnah pun biar berpada.. Mesin Air yang besar orang duk beli 20sen/1liter tu guna air paip yang sama jugak macam orang lain guna.. Bukan ambik dari LONGKANG.. Adoiii.. Kalau ye pun mesin tapis MLM/Jurujual tak laku.. Tak perlu la nak "tubuhkan" team yang mengarut untuk fitnah Mesin Tapis orang lain tak elok..

Lagi satu.. fahami ayat dari Artikel nie "Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150"

Owhh.. Jadi bila orang tak nak bayar "YURAN" pada diorng nie.. Terus di"COP"kan air tak bersih? Macam tu? Yang bayar pada diorng terus di"COP" bersih? Ini semua DUIT.. Bukan masalah bersih tak bersih.. Orang KUAT Syarikat MLM besar tak puas hati nie.. Ada jaminan ke MESIN PENAPIS buatan MLM elok?

Kalau ada AKAL sila guna.. Orang Malaysia nie PEMALAS.. Baca je ARTIKEL terus percaya.. Bukan nak selidik dulu.. Bagi BUKTI.. Tunjuk gambar mesin & sumber air yang telah di UJI dari mesin tu.. Bagi GAMBAR & Surat dari MAKMAL yang MENGESAHkan air tu tercemar.. Takat buat ARTIKEL macam nie.. Blogger BERBAYAR pun boleh buat..

BTW, Nak tapis AIR tu BELI dari MESIN PENAPIS AIR dari Syarikat yang ada nama sket ye.. Jangan pakai beli je.. Setakat tampal STIKER ISO la,Bakteria BEBAS 99% la,AIR MEMPUNYAI OKSIGEN TINGGI LA, AIR SETANDING AIR ZAM-ZAM laa.. WAYANG JE SEMUA TU.. Padahal sama je macam Air TAPIS lain..

Sebelum orang pikir aku aku nie SELLER/RE-SELLER dari MESIN AIR NIE.. Tidak.. Aku PENGGUNA TEGAR mesin ini.. Aku dah 1 TAHUN pakai air nie.. BETTER dari MASAK AIR PAIP yang MASUK dari RUMAH..

Anonymous said...

Saya selalu beli r.o water dari mesin dekat dgn.rumah. Alhamdullillah masih ok. Saya tau air tu tak tercemar sebab ada agen elken nak jual mesin penapis dan buat Ujian air minuman di rumah. Agen tu terkejut sebab air rumah saya sama macam air tapisan elken tak bertindakbalas negatif bila Di uji seperti mengeluarkan slime dan segalanya sedangkan saya takde penapis, saya kata tu air r.o mesin penapis. So kesimpulannya tal semua air dari.mesin tu tercemar. Pandai2 le buat pilihan dan bukan semua orang mampu nak beli penapis beribu ringgit dan berhutang pulak. Tolong jangan semua bersangla buruk, ini semua perungatan untuk semua.

Anonymous said...

Nk selamat....back to basic...sy mgmbil tempahn utk menggali perigi...airnya selmt dan suci...hhhhhheeeeee

Anonymous said...

Ngam

Anonymous said...

Kalau rasa2 nak minum..minum..la, kalau tak mau sudah ... fikir2 la

u know who I am on August 20, 2014 at 11:14 PM said...

Dorang tggu smpi sesape yg kena serang penyakit tue dlu drpd mesin tue baru lha dorang mengambil tindakan...mne dorang amik tindakan awal2...experiment kena dlu maa...

Rien on August 20, 2014 at 11:16 PM said...

dkt singapore dieorg buat basuh berak je air ni. . 0.o

u know who I am on August 20, 2014 at 11:22 PM said...

baru nk amik tindakan...dh lama mesin tue berfungsi...law nk tahu sgt pergi lha semua check darah korang tuk pastikan x ade bacteria tue dlm darah korang law ade bawa blood result tue gie komplen...baru dorang akan amik tindakan...gua pun nk gie check gak

Anonymous said...

X pernah beli sbb guna air paip biasa...baik guna air dkt rumah...

Anonymous said...

Gua setuju bro..wlaupun gua bkn pengguna tegar mesin penapis air nih..bangsa2 lain berlumba2 nk jatuhkn bangsa melayu..lu org plk berlumba2 nk jtuhkn bangsa sndiri..so,lu ade otak..lu pikir.

affira said...

Adehh dah ini jer sumber air termudah kat dalam kolej..

Anonymous said...

Just nak tambh...actually air dr paip mmg ada klorin n fluorida...tp bila dah ditapis tu yg akan menhilangkan semua benda tu...that why better pakai penapis pasir yg membuang kotoran dan karat je tp klorin still kene ada utk basmi kuman...air yg ditapis tanpa klorin klu diminum terus lepas tapis okla tp klu disimpan tu yg membolehkan bakteria hidup kat air tu which is less than 5 minit disimpan pun dah boleh ada bakteria.. So tak pyh beli penapis mahal2 ni..ngarut je...tapis utk buang karat n kotoran je tp still kene masak air...klu ada penapis yg seller dia ckp leh buang klorin tu lgla jgn di beli...

Akmal on August 21, 2014 at 7:42 AM said...

Owh.nasib sy dah tolong kekawan sy guna product tapis air.dari barangan penapis air yg berharga cecah rm8ribu,kawan byr rm75.lepas tuh dia citer kekawan lain.cukup 4 kawan dia bli sama mcm dia.dia dapat income rm8500.plan cbp plus ni mmg mudah.nk tau hubungi saya akmal 0195109697 kawasan taiping dan kamunting perak

Anonymous said...

Atuk nenek dulu minum air perigi, xde penapis bagai sihat umur panjang...org skrg penapis2 bagai dpt penyakit semua kronik2...nak tapis sgt tapis la....

Anonymous said...

Sya x pnh beli pn air tu . sbb kt umah dh ada penapis air jenama coway..

Anonymous said...

Dah dekat 3 thn da beli air dr mesin air ni..alhamdulillah sy n kwn2 xdak masalah ap2..kalu guna air paip kt rumah..lain mcm sgt rasa ny..clorin tlampau byk..penapis kcik y ktorg pasang pn kejap ja dah lain mcm wrna ny..kena tukar sokmo..kalau air dr mesin air ni smpn smggu pn still ok..tp kalau dr air paip bru 2 hari dah bkeladak jd ny..sy ad 2,3 kali jugak npk dorg servis mesin air ni..tp kalau kt kg..sy xpnh pn tgk ad org dtg servis penapis air y mk sy guna..mk kta kalau kol 4,5 kali pn blm tntu depa ni mai..acaner tu???

Unknown on August 21, 2014 at 10:13 AM said...

Masaalahnye klau xtukar filter air 2...

Unknown on August 21, 2014 at 10:16 AM said...

Beza nya penapis 2 xditukar..2 je masaalahnya.

palie24 on August 21, 2014 at 11:27 AM said...

Coli lg la belambak2 kat pasaran. Knp pihak kementerian tak amik tindakan pon. Huh..

Anonymous said...

@Anonymous Ceh..bio aura pembohong

Anonymous said...

Saya x nk condem org punye filter.cuma nk sharing.....Saya guna filter elken mmg the best....x rugi beli.harga sama jek dgn filter2 lain......compom x de e coli ke coliform ke karat ke besi ke semua clean.hanya hidrogen dan oxigen jek.......belilah mmg x menyesal.sbb diameter filter nye 0.00001 micron......kecik dr saiz virus.so x de la virus apa2 organism atau heavy metal mmg x lepas.......nak miliki leh contact.01110778991........

Anonymous said...

admin tlg kaji jenis dibaca ayat la 30 juzuk la...ape yg lebih dr segi kandungan mineral?

Anonymous said...

sesiapa saja apa saja mana saja bila saja yang lain tak maju mula lah timbul isu berbangkit..
macam cardburryyyyyy..
..
takut air dlm botol yang jual kat kadei tu tak laku..
smua ni nk mmenatkan otak rkayt mlysia..
tknik lpok nk bgi muflis syrkat mesin tu je..
..
laporan bauta gihin semua ni..

Kepuasan Anda Kejayaan Kami on August 21, 2014 at 1:01 PM said...

air mesin dari air paip jugak...klu kat umah air tak masak sama gak lah tahap kebersihannya

Anonymous said...

Aku minum air ni dah 8 tahun dah..ok jerr..anak2 dr kecik sampai umur 2 dan 4 tahun bancuh susu air ni..xpenah sakit atau kembung perut..sometimes Guna air paip kembung la perut budak2 tuhh...stakat Sekarang aku tawakal lg air tuh bersih..kalau dah tahu air tuh x bersih bgitahu je mesin Jenis mana xbersih dan mesin mana bersih..simply thing..so Kita boikot tau rosak an jer mesin2 tuhh..biar Xder Lansung pun xpa..1 more suggest lahh mesin2 yg ko rang chek yg bersih tuhh..aku tahu mesti Ada yg bersih...ini Kerja Dulu bocorlaa apa rancangan sebenar

saladin said...

Persoalan saya:

1. kenapa air yg di tapis dan di rawat oleh mesin ini perlu ada klorin? Kalau nak byk klorin sila la minum trus air direct dari paip air.

2. Saya lihat ada beberapa commenter tulis yg dia pernah test air dari mesin dan tak ada klorin. Saya rasa mereka ni pelajar bidang sains. Patutnya mereka dapt mengeluarkan komen yg lebih sesuai dgn level mereka.

3. Masalah utama mesin ini adalah penyelenggaran. Kalau mesin ini di selenggara dgn baik tiada masalah pencemaran air minum akan berlaku dan air bersih tanpa klorin boleh di dapati.

4. Penapis air jenama terkemuka pun menghasilkan air bebas klorin. So, tak bagus la kan penapis2 ini.

Nak komen mahupun buat artikel sila la belajar dulu. Jangan pendek akal......


Anonymous said...

Dari mana dtg air ni klu bukan dari syabas sendiri. Fungsi mesin itu cuma menapis dan menutralkn supaya bersih dan slmt digunakan. Sumbernya dari paip syabas juga.. Takkanlh dia org buat paip sendiri dari sungai. Bongok betullh!!!

Anonymous said...

Saya setuju, mesin penapis ini disambung dari punca air paip yang telah dirawat. Jika air ini tercemar sahlah air paip itu juga tercemar. Saya rasa tujuan maklumat ini dikeluarkan untok mematikan perniagaan mesin air layan diri, sebab jualan air tapis dlm botol tak laku, saya rasa ini adalah idia pengeluar air bertapis dalam botol.

Anonymous said...

Hekah pengeluar air bertapis dalam botol.

Unknown on August 21, 2014 at 5:55 PM said...

100% sy sgt setuju dgn comment "anonymous" bth 21.08.2014 at 4:27 PM.
Org M'sia ini cepat sgt melenting.
Satu lagi mengapa pihak berkuasa spt Kem. Kesihatan tidak mengeluarkan apa2 kenyataan mengenai perkara ni.

Daniel Dahiyah Firdaus on August 21, 2014 at 6:31 PM said...

Mmg btl sentiasa diselenggara. Sbb saya buat hijrah water keluaran org Islam.

Anonymous said...

Pasang je penapis air kt rmh

Anonymous said...

Mengarut

Unknown on August 21, 2014 at 10:00 PM said...

http://www.coway.com.my/ProductDetails.aspx?PID=35

Anonymous said...

Kalau tercemar tak pa tapi air ini kebanyakan NYA RO water yang Konon NYA bersih sampai mineral pun tak da. Lagilah tambah penyakit anda. Sebabtu lah orang sekarang Ramai Ada penyakit sendi2, lutut, gout dll sebab Badan Penuh Dengan asid.

Zaharah Sukidini. said...

Saya pun buat mcm tu juga, selalu tukar filter. Tiap-tiap hari. Saya gunakan filter Malikuniati Hirosamati. Brand Japan. minum air tu dah dekat 21 tahun dah. Okay jeeeee... Untuk pemasangan boleh call saya +6012-483 3872. Saya juga jual ubat gigi tanpa florida, kalau nak beli kain pun saya jual, pattern mcm tudung ikan jaws. selain dari tudung, sy jual baju muslimah. boleh call number yg sy bagi.

Anonymous said...

@Anonymousko ni buat malu org malaysia la. mmg la e. coli ni mainly hidup dlm benda hidup,tapi e coli jugk bole hidup di luar. cth air atau tempt yg basah. pmr ade belajar la pak pandir.

Anonymous said...

@Anonymous

1. setuju dengan pendapat awak..air dari paip sepatutnya sudah ada klorin.

3. e-coli memang ada dalam air yang tak terawat (dalam air sungai). ia adalah bakteria yang paling common. thats why ujian e-coli yang dilakukan.

Anonymous said...

pelik x nyatakan bape significant bacteria tu grow.. tp kenape hampir semua mesin tu ade bacteria y same.. kesimpulannye.. air y kite gune skarang nie pun mmg ade bacteria pun.. rawatan dr loji gune clorin pun xkan 100% bunuh bacteria nie.. ape y kite boleh buat kuatkn bacteria y ade dalam perut kite..

jingga teeha on August 22, 2014 at 4:25 PM said...

Assalamualaikum,

Hijrah water merupakan syarikat penapis air islam bumiputera yang pertama dimalaysia dan mendapat Halal dari pihak jakim ini kerana PENAPIS AIR HIJRAH bebas dari unsur unsur penggunaan tulang haiwan. Kami hanya menggunakan tempurung dan buluh kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan. Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air hijrah yang berkualiti.Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan syarikat kami hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij setiap satu murah dan mampu milik.Pihak syarikat akan memaklumkan kepada pelanggan 30 hari sebelum tempoh hayat katrij tamat. Pihak stokis yang berhampiran akan datang membuat pertukaran.Harga yang rendah dan mampu milik melalui skim ansuran tanpa faedah serendah RM50 ( tidak melibatkan bank, tiada riba, sesiapa sahaja layak memilikinya)PH air yang hampir menyamai air Zam Zam (ALKALI) . Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.Penyelenggaraan yang mudah dan murah. Penapis HIJRAH telah melalui ujian makmal Sirim.Air Hijrah boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

sehubungan itu Hijrah water sedang melancarkan promosi dimalaysia semperna kempen "minum minuman air bersih dan Halal" dengan mendapat kan promosi produk-produk penapis air kami dengan harga yang luar biasa serta tiada riba. Disamping itu kami menawarkan percuma outdoor dengan setiap pembelian penapis air kami.

+Agen dan stokis turut diperlukan!!

"Berhijrah kepada yang Halal"

sebarang maklumat boleh hubungi terus

TeehaMahat
0173045056

tarmizi on August 31, 2014 at 8:52 PM said...

saya beli air botol 1 kotak besar lagi selamat dlm ada 6 botol. 1 kotak rm5.90 biar mahal asal selamat.

Anonymous said...

klu ada duit lebih minumlah air zam zam.air terbaik dibumi.

Mr. Asada on September 13, 2014 at 5:25 PM said...

kalau mesin tak diselenggara dengan baik, macam2 bentuk bakteria akan ada.. tengok cam dalam gambar kat atas tu, tengok gitu pun dah dapat agak kwsn tu tak berapa nak bersih..

kena pandai pilih mesin yang bersih. takkan la sebab 15 sample tu terus nak hukum semua mesin yang ada kat malaysia.. kesian kat org yang meniaga yang sentiasa jaga kualiti mesin dan air diorang..

Anonymous said...

orng dedulu,minom air pigi lagi lak cam macm ada dlm ,tk mati pon,malanhan ada smpai jd pmimpin negeri.....orng skrg le ajeer banyak songellllll.

Anonymous said...

Sebab-sebab air tersebut tidak bersih tidak dijelaskan, dari mana puncanya? Bukankah punca air tersebut adalah dari air syabas?

Unknown on January 19, 2015 at 3:35 PM said...

Tak yakin dengan mesin air..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!