Gambar kemalangan membabitkan bas ekspres rempuh lori di Lebuhraya Utara-Selatan | Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 10 penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 304.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara di sini hari ini. Dalam kejadian 5.55 pagi tadi, mangsa Mansor Shaari, 54, berasal dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala 10 penumpang lain termasuk pemandu kedua bas itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu hilang kawalan lalu merempuh belakang lori jenis Hino Profia yang membawa muatan seramik. “Lori itu bergerak di lorong kiri jalan dan pada masa kejadian, keadaan jalan yang bersekolah itu licin kerana hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment