Lelaki terima padah kerana lari daripada sekatan polis | Seorang lelaki warga Indonesia retak tulang belakang, patah kaki dan tangan selepas terjun dari jejantas di susur E13 Lebuhraya Pantai Baharu NPE menghala ke Bandar Sunway ketika melarikan diri daripada sekatan polis jam 1 petang ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Petaling Jaya yang sedang meronda di Jalan Bukit Gasing ketika itu terserempak dengan suspek yang menaiki motosikal bersama rakannya dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, anggota polis terbabit kemudian cuba menahan suspek namun mereka terus memecut menghala ke Jalan Klang Lama sebelum masuk ke Lebuhraya NPE.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di susur E10 kedua-dua suspek meninggalkan motosikal dan berlari ke arah Bandar Sunway sebelum mereka terjun dari jejantas di E13. "Seorang jatuh di atas pokok manakala suspek lelaki warga Indonesia jatuh di tepi longkang dan cedera. Suspek yang terjatuh di atas pokok berjaya melarikan diri," katanya. Azmi berkata, suspek yang cedera di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan usaha memburu seorang lagi suspek sedang giat dijalankan. -Metro
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment