Wednesday, August 27, 2014

MH17: Proses kenal pasti baki mayat masuk fasa mencabar



MH17: Proses kenal pasti baki mayat masuk fasa mencabar | Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar. Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 Datuk Dr Zahari Noh berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA sahaja yang prosesnya mengambil masa panjang. ``Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti. ``Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.

``Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini,'' katanya di sini. Beliau yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.

Dr Zahari menjelaskan dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi). Katanya selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga. Jelasnya, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti. - Bernama





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!