Misteri penemuan ibu hamil yang ditemui mati di lombong terbiar | Hampir dua bulan polis menjalankan usaha mencari dan mengesan seorang wanita hamil yang dilaporkan hilang sebelum menemui mangsa di sebuah lombong terbiar di selatan California, Sabtu lalu. Mangsa, Erin Corwin, 19, dipercayai dibunuh ketika di peringkat awal kehamilan dan mayatnya ditemui 140 kaki di dalam salah satu terowong lombong tersebut. Menurut jurucakap Jabatan Polis Anchorage, Jennifer Castro, mayat mangsa dikenal pasti oleh pakar forensik melalui rekod pergigiannya pada Ahad lalu. Hasil penemuan tersebut, polis kini berjaya menahan bekas jiran mangsa, Christopher Brandon Lee yang didakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.
Suami mangsa, seorang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Koperal Jonathan Corwin, dilapor hilang pada hari berikutnya. Lee ditahan dikediamannya pada Ahad lalu setelah polis mengambil keterangan dari seorang kenalan mangsa yang mendakwa mereka mempunyai hubungan sulit. Dikatakan, anak yang dikandung oleh mangsa mungkin merupakan anak kepada Lee. Pada hari Corwin dikatakan hilang, Corwin memberitahu suaminya bahawa dia ingin keluar meninjau laluan mendaki yang akan diteroka bersama ibu mereka sebaik sahaja ibu mereka datang melawat.
Namun melalui sistem pesanan ringkas, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia sudah merancang untuk pergi berburu bersama Lee untuk meraikan hari lahirnya. Siasatan awal mendapati, mangsa dicederakan dengan senjata yang tidak dapat dikenal pasti. “Semasa mangsa bersama Lee, telefon mangsa dimatikan. Pasukan penyiasat percaya mangsa telah ditinggalkan di lokasi kejadian dan mangsa juga tidak boleh mendapatkan bantuan kerana keadaannya yang cedera,” kata pasukan siasatan. Pihak polis bagaimanapun setakat ini masih tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa. Lee dalam pada itu menafikan dia mempunyai hubungan intim dengan Corwin. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment