Friday, August 29, 2014

Pekerja kilang menderita selama sejam jari hantu tersepit besi


Pekerja kilang menderita selama sejam jari hantu tersepit besi  | Seorang lelaki yang juga pekerja kilang warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan selama lebih sejam apabila jarinya tersepit besi dalam kejadian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an terbabit dibawa ke HTAR untuk mendapatkan rawatan apabila rakan sekerjanya gagal mengeluarkan besi berkenaan daripada jari hantunya. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan dari HTAR memaklumkan mengenai kejadian pada jam 6.21 petang sebelum mengejarkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas ke hospital berkenaan.

"Dalam operasi yang diketuai Pegawai Bomba Mazlan Kasbon itu terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong besi berkenaan dan mengambil masa lebih sejam. "Besi itu bagaimanapun berjaya dipotong dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dia mengenakan dua lapis sarung tangan ketika jarinya tersepit," katanya. -Metro

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!