Penemuan ikan lumba-lumba kembar siam ni mengejutkan seorang guru | Seorang guru sukan terkejut apabila dia menemukan seekor anak ikan lumba-lumba kembar Siam mati terdampar di pantai Izmir, di sini baru-baru ini. Mail Online melaporkan, Tugrul Metin pada mulanya melihat kelibat haiwan tersebut di laut sebelum perlahan-lahan bergerak menuju ke pantai. "Saya sangat terkejut dan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Saya tidak pernah melihat ikan lumba-lumba kembar Siam sebelum ini," jelas Tugrul. Anak ikan lumba-lumba yang mempunyai dua kepala dan satu ekor itu dipercayai berusia satu tahun serta memiliki ukuran panjang 97.5 sentimeter.
Tugrul kemudian segera menghubungi pihak polis sebelum mereka memindahkan haiwan tersebut ke makmal bagi tujuan uji kaji. Menurut laporan awal, mata dan lubang pernafasan ikan lumba-lumba terbabit mengalami kecacatan. Profesor dari Jabatan Biologi Marin Universiti Ak Deniz, Mehmet Gokoglu berkata, ikan lumba-lumba kembar begitu jarang ditemukan dan dia sangat gembira kerana berpeluang mengkajinya. -AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment