Monday, August 25, 2014

Penulis novel saman bekas pembantu kerana fitnah dan jatuhkan maruahnya di Facebook



Penulis novel saman bekas pembantu kerana fitnah dan jatuhkan maruahnya di Facebook | Kes saman seorang penulis novel, Siti Rosmizah Semail terhadap bekas pembantu peribadinya, Asmaliyana Ahmad atas dakwaan memfitnah dan menjatuhkan maruahnya di laman sosial Facebook sehingga penjualan bukunya terjejas, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 29 September ini. Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar keterangan Siti Rosmizah pada prosiding taksiran ganti rugi untuk menentukan berapakah jumlah yang layak diberikan kepadanya setelah pihaknya memasukkan penghakiman ingkar terhadap Asmaliyana.

Penghakiman ingkar bertarikh 4 Ogos dimasukkan oleh peguam Reza Rafie yang mewakili Siti Rosmizah setelah Asmaliyana gagal memasukkan kehadiran sama ada secara kendiri atau melalui peguamcaranya. Siti Rosmizah selaku pihak plaintif memfailkan saman itu pada 18 Disember 2013, setelah mendakwa Asmaliyana yang dinamakan sebagai pihak defendan, sebanyak sembilan kali antara 21 April dan 24 Julai 2013 telah menggunakan aplikasi laman sosial www.facebook.com yang memfitnahnya. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!