Thursday, August 7, 2014

Pesawat lakukan pendaratan cemas selepas krew penerbangan mengesan beberapa ekor tikus di dalam kabin



Pesawat lakukan pendaratan cemas selepas krew penerbangan mengesan beberapa ekor tikus di dalam kabin | Pesawat syarikat penerbangan Air India terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas krew penerbangan mengesan beberapa ekor tikus di dalam kabin pesawat ketika dalam penerbangan dari New Delhi ke Calcutta, lapor akbar The Times of India hari ini.

Menurut akhbar itu, seorang pegawai syarikat penerbangan Air India berkata, tikus itu boleh membawa kesan buruk kepada penerbangan jika haiwan itu memakan wayar elektrik dalam kabin. "Jika perkara sedemikian berlaku, juruterbang tidak dapat mengawal sistem dalam pesawat yang boleh mengakibatkan berlaku kejadian tidak diingini," katanya. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!