Tuesday, August 5, 2014

Punca ibu bapa ini nekad enggan kebumi mayat anak



Punca ibu bapa ini nekad enggan kebumi mayat anak | Sepasang suami isteri di China enggan mengebumikan mayat dua anak lelaki mereka yang mati lemas di dalam sebuah kuari, dekat daerah Loudi di wilayah Hunan, baru-baru ini sehingga pihak berkuasa tempatan tampil memberi penjelasan mengapa tapak itu tidak dikambus. Malah, bapa kepada kanak-kanak malang itu, Cai Libiao, 28, dan ibunya Wang, 27, sanggup tidur di lokasi berhampiran kemalangan yang meragut nyawa anak mereka sehingga pihak berkuasa tampil memberi penjelasan dan membayar pampasan kepada mereka. Chung, 3, dan Hu, 5, lemas ketika sedang bermain batu di kuari yang digali bagi pembinaan sebatang jalan di situ dua tahun lalu dan sebahagian jalan tersebut kini terbiar dan dipenuhi air sehingga menjadi tarikan kepada kanak-kanak di kawasan berhampiran.

Walaupun diberi amaran oleh ibu bapa mereka, Hu dan Chung pergi ke tapak ber­kenaan bersama dua lagi kawan mereka untuk membaling batu dua minggu lalu sebelum terjatuh di tapak kejadian. Menurut Mail Online, Chung secara tiba-tiba tergelincir ke dalam lopak itu dan abangnya, Hu yang cuba menghulurkan bantuan turut terjatuh dan mereka lemas kerana kedua-duanya tidak tahu berenang. Dua lagi rakan mereka yang menyedari kejadian itu kemudiannya kembali ke rumah bagi meminta bantuan penduduk, namun Chung dan Hu dijumpai meninggal dunia beberapa jam kemudian. Mayat kedua-kedua beradik itu kini disimpan di dalam sebuah peti sejuk di rumah ibu bapa mereka sementara menunggu berita daripada pegawai tempatan.

Sementara itu, Libiao dan Wang kini dilaporkan sedang meminta pampasan daripada majlis perbandaran dan meminta penjelasan daripada mereka. Menurut jiran mereka, Shen Pai, 43, majlis perbandaran mengetahui tentang lokasi tersebut yang agak berbahaya, namun tiada tindakan diambil meskipun aduan telah dibuat termasuk selepas berlaku satu kejadian yang hampir serupa, namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan. Setakat ini, pihak berkuasa tempatan dan syarikat pembinaan jalan itu enggan untuk memberi sebarang kenyataan walaupun syarikat tersebut berjanji untuk mengambus tapak berkenaan. - AGENSI




.

1 Penyokong CHELSEA:

kak T on August 5, 2014 at 9:37 PM said...

kesiannya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!