Friday, August 22, 2014

Punca penghidap HIV positif saman syarikat penerbangan


Punca penghidap HIV positif saman syarikat penerbangan | Dua penumpang positif virus HIV termasuk seorang lagi penumpang pesawat Spring Airlines didakwa dihalang menaiki penerbangan pesawat Spring Airlines hanya kerana mereka merupakan penghidap virus HIV. Menurut laporan sebuah portal, kedua penumpang tersebut dilarang menaiki pesawat dari Sheyang menuju ke Shijuazhuang setelah memaklumkan kepada kakitangan kapal terbang tersebut mengenai status kesihatan mereka yang merupakan penghidap virus HIV. Selain daripada mereka, seorang lagi penumpang yang disahkan tidak dijangkiti virus tersebut turut dibatalkan tiket penerbangan tanpa sebarang alasan.

Ketiga-tiga penumpang terbabit bertindak mengeluarkan saman dengan dakwaan syarikat penerbangan tersebut mengamalkan sifat diskriminasi terhadap penumpang mereka. Antara tuntutan yang dikemukakan terhadap Spring Airlines termasuklah permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM25,399 ($8,000). Peguam plaintif, Liu Wei memberitahu kepada pemberita kakitangan syarikat penerbangan tersebut tidak mempunyai hak untuk melarang ketiga penumpang tersebut menaiki kapal terbang kerana ketiga anak guamnya tidak membuktikan mereka boleh menjangkiti penumpang lain dalam pesawat tersebut.

China dikatakan mempunyai sejarah yang panjang apabila dikaitkan dengan diskriminasi terhadap pesakit HIV. Pesakit yang menghidap HIV Positif dilarang menjadi kakitangan awam dan boleh dibuang dari pekerjaan jika majikan mengetahui pekerja mereka menghidap penyakit tersebut. Bagaimanapun Presiden syarikat penerbangan Spring Airlines, Wang Zhenghua berkata, syarikat tersebut tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana penumpang.

Zhenghua juga berkata, pihak syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam insiden tersebut kerana larangan menaiki pesawat yang dikenakan ke atas ketiga penumpang terbabit diserah sepenuhnya kepada anak kapal pesawat. Namun menurut beliau, ketiga-tiga penumpang tersebut juga tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi yang berkemungkinan menakutkan penumpang yang lain sehingga menyebabkan kakitangan terpaksa menahan mereka daripada menaiki pesawat tersebut. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!