Monday, August 4, 2014

Remaja ini insaf selepas dapat kecacatan kekal kerana main mercun



Remaja ini insaf selepas dapat kecacatan kekal kerana main mercun | Hilang tiga jari dan kurang daya pendengaran telinga kanan cukup menginsafkan Mohd Azli Aidil, 16, mangsa tragedi letupan mercun di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, di sini, 27 Julai lalu. Dalam kejadian jam 9 malam itu, Mohd Azli Aidil Azis hancur empat jari kiri tangan kanan, termasuk kudung tiga jari iaitu jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Selain itu, dia turut cedera di belakang badan akibat terkena letupan mercun bola yang dimasukkan ke dalam bekas botol kaca kanta sentuh, yang tidak sempat dilontarkan sebaik dicucuh api. Bapa Mohd Azli, Azis Yunus, 52, berkata kejadian itu benar-benar memberi kesan kepada anak keenam daripada sembilan beradik itu, apatah lagi terpaksa menempuh pengalaman beraya di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Hati saya sayu apabila dia menangis kerana terlalu ingin bersama keluarga di rumah bagi meraikan Aidilfitri, tetapi saya tidak mampu menunaikan permintaannya kerana mengikut nasihat doktor. “Saya sudah berusaha meminta kebenaran doktor untuk membawa dia pulang ketika itu, tetapi doktor tidak membenarkan kerana tiga jarinya terpaksa dipotong dalam pembedahan yang dijalankan pada Ahad minggu lalu,” katanya. Bapa sembilan anak itu berkata, anaknya itu hanya dibenarkan pulang pada hari raya ketiga. “Dia memang kelihatan sedih kerana kini jarinya cacat, tetapi kami sekeluarga tidak putus-putus memberi semangat kepadanya.



Kata-kata semangat 

“Kehadiran rakan dan guru sekolahnya ke rumah membuatkan kesedihannya sedikit terubat, malah perasaan malunya dengan kecacatan itu beransur hilang selepas diberikan kata-kata semangat oleh mereka,” katanya. Pekerja kedai perabot itu berkata, beliau dan isterinya Kamaziah Embong, 47, kini giat melatih Mohd Azli menggunakan tangan kiri untuk membuat kerja harian dan menulis kerja sekolah. Katanya, setakat ini Mohd Azli tidak mempunyai masalah untuk makan dengan tangan kiri dan beliau berharap anaknya itu mampu menggunakan tangan kiri untuk belajar nanti. -BH




.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

hahaha cacat

hahaha cacat

hahaha cacat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!