Sunday, August 3, 2014

Penyanyi terkenal USA lantang bela penderitaan Palestin



Penyanyi terkenal USA lantang bela penderitaan Palestin | Penyanyi dan pelakon terkemuka Amerika Syarikat (AS), John Legend menjadi selebriti terbaharu mengeluarkan kenyataan membela penderitaan penduduk Palestin di Gaza, yang dizalimi tentera Israel. Sebelum ini Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik serta pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Joey Barton meluahkan rasa simpati terhadap penduduk Gaza melalui laman sosial Twitter masing-masing. Bagaimanapun, portal berita Britain, The Independent melihat reaksi terbaharu daripada Legend sebagai lebih lantang daripada yang lain kerana dia dengan berani mempersoalkan penglibatan kerajaan AS dalam konflik di Gaza sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Legend, yang pernah memenangi sembilan anugerah Grammy, meluahkan rasa kurang senangnya terhadap sokongan Setiausaha Negara AS, John Kerry kepada Israel sedangkan barisan Kabinet Israel memperlekehkan usaha beliau menyelesaikan konflik di Gaza. "Bagi setiap peminat yang mempersoalkan kenyataan saya, semestinya rakyat Palestin dan Israel berhak untuk hidup secara aman, bebas dan adil. "Saya tidak kata saya mengetahui penyelesaian yang sedang dilaksanakan (oleh AS), tetapi apa yang berlaku di sana (Gaza) merupakan satu bencana," jawabnya melalui Twitter kepada peminat yang mengkritik kenyataan beliau mempersoalkan peranan Kerry. Aktor berusia 35 tahun itu sebelum ini lantang menyuarakan sokongannya terhadap nasib pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat kekejaman Israel. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Juls Julie80 on August 4, 2014 at 8:29 AM said...

#Respect to John Legend

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!