Wanita Canada Anggap Kapal Terbang Sebagai Suaminya | Seorang wanita panjat pagar kawat berduri di Halifax Stanfield Lapangan Antarabangsa di Nova Scotia, Canada, baru-baru ini dengan tujuan untuk menghentikan kapal terbang kerana dia menyangka pesawat itu membawa suaminya, kata juru cakap polis Royal Canadian Mounted. Menurut Peter Spurway, Wakil Presiden komunikasi lapangan terbang. "Dia dilihat oleh menara kontrol pesawat. Salah satu dari orang kami langsung menangkapnya. Dia berada di lapangan terbang selama 10 minit,"kata Spurway.
"Wanita itu kemudian berkata kepada polis bahawa dia yakin suaminya adalah kapal terbang, dan dia berusaha untuk menghentikannya," ujar Spurway. "Ini adalah kejadian yang sangat luar biasa. Saya belum pernah mengalami insiden seperti ini selama bertahun-tahun bekerja,"kata LeBlanc. Polis langsung membawa wanita itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut LeBlanc, wanita itu menderita luka-luka ringan kerana terkena kawat berduri.
Wanita berusia 37 tahun ini adalah penduduk Fall River, sebuah pinggiran kota kecil sebelah barat dari lapangan terbang. LeBlanc mengatakan suaminya tidak ada dalam penumpang kapal terbang. Lapangan terbang sentiasa membuat tinjauan lengkap untuk langkah-langkah keselamatan mereka, menurut Spurway. "Ini adalah kejadian yang sangat jarang. Saya di sini sudah lapan tahun dan ini tidak pernah terjadi," ujarnya. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment