Monday, September 1, 2014

Bahaya bermain timbus anggota badan dalam pasir di pantai



Bahaya bermain timbus anggota badan dalam pasir di pantai | Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila ditimbus pasir ke dalam lubang yang sengaja digali di Pantai Oregon Sabtu lalu. Mangsa, Isabel Grace Franks, 9, dikatakan mengunjungi kawasan pantai tersebut bersama keluarganya dari Bandar Sandy, Oregon. Dia bersama rakan-rakan dan adik-adiknya yang lain menggali lubang yang dalam untuk bermain bersama-sama. Menurut saksi, Tracey Dudley, mangsa dikatakan masuk dan duduk di dalam lubang tersebut untuk mengetahui kedalaman lubang yang baharu sahaja digali. “Tebing lubang itu tiba-tiba runtuh ketika dia (mangsa) masih berada di dalam lubang tersebut dan mangsa tertimbus dengan pasir.

“Pada mulanya kami sangka tidak ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Ia adalah perkara biasa bagi kanak-kanak untuk bermain. Saya mulai sedar ada yang tidak kena apabila beberapa kanak-kanak menjerit-jerit,” katanya. Jelasnya lagi, sebaik melihat orang ramai bergegas menggali lubang itu demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut, dia mula menghubungi talian kecemasan. Pegawai bomba yang mengesahkan menerima panggilan tersebut berkata, pihak berkuasa dan ahli pasukan bomba menerima laporan tepat jam 5 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan orang ramai masih bertungkus-lumus cuba mengorek lubang pasir itu bagi mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa.


 Apabila mangsa berjaya ditarik keluar, Isabel didapati tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Bantuan pernafasan CPR segera diberikan dan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital namun mangsa tidak dapat diselamatkan. “Kesemua yang berada di situ terus menggali tanpa henti namun pasir tidak henti-henti runtuh. “Ia sesuatu yang menyayat hati. Kita boleh lihat usaha mereka yang sedaya-upaya cuba untuk selamatkan mereka. Saya tidak dapat cakap apa-apa. Ia sangat teruk,” katanya lagi. Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Lincoln Utara, Jim Kusz berkata, insiden yang sama sebelum ini dilaporkan pernah terjadi namun kejadian kali ini adalah sesuatu yang jarang berlaku. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Ummi on September 1, 2014 at 9:59 PM said...

Bahaya tu..
memang ramai orang suka timbus badan dengan pasir..tapi tak pernah pulak dengar yang terperangkap dalam pasir..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!