Sunday, September 7, 2014

Khabar terkini Muhammad Syafiq, Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki meletup



Khabar terkini Muhammad Syafiq, Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki meletup | Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki bersama tiga rakan lain meletup dalam kejadian di negara itu dilaporkan masih belum sedarkan diri. Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari ketika dihubungi berkata, Muhammad Syafiq Abdullah Hashim yang mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang itu belum sedarkan diri. Katanya, waris penuntut berkenaan juga sudah selamat tiba di Mesir.

"Muhammad Syafiq Abdullah Hashim masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta bernafas menggunakan alat bantuan. "Saya sudah melawatnya dan berjumpa dengan doktor yang merawatnya. Semua pihak termasuk pihak universiti dan hospital memberi perhatian penuh terhdapnya," katanya. Beliau berkata, Muhammad Miftahuddin Sufiyan yang mengalami kecederaan ringan sudah dibenarkan keluar wad kelmarin dan hanya menjalani kesan trauma akibat kejadian itu.

Katanya, Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar turut dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. Dalam kejadian 4 petang kelmarin (waktu Malaysia), Muhammad Syafiq parah manakala tiga rakannya mengalami cedera selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan kenderaan itu terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah. Mereka yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!