Friday, October 3, 2014

4 pekerja SYABAS guna tangan korek runtuhan tanah sebagai usaha selamatkan rakan yang tertimbus



4 pekerja SYABAS guna tangan korek runtuhan tanah sebagai usaha selamatkan rakan yang tertimbus | Empat pekerja kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hanya menggunakan tangan untuk mengorek runtuhan tanah dalam usaha menyelamatkan rakan mereka yang tertimbus. Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari semalam, mangsa lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun nyaris maut apabila dinding lubang sedalam lebih dua meter digali runtuh secara tiba-tiba berhampiran Damansara Damai, di sini.


Kejadian dipercayai berlaku ketika dua mangsa itu sedang melakukan kerja menggali bagi menggantikan paip air di kawasan terbabit. Difahamkan, mangsa yang masuk ke dalam lubang berkenaan terperangkap apabila tembok tanah pada lubang itu runtuh sebelum menimbus mangsa.Mangsa warga tempatan berusia 42 tahun yang tertimbus sehingga paras pinggang sempat dibantu empat rakan lain. Mereka kemudian mengorek timbunan tanah menggunakan tangan bagi mengeluarkan mangsa kedua yang tertimbus paras leher. Usaha itu berhasil apabila lelaki Bangladesh itu berjaya ditarik keluar dari lubang itu walaupun mangsa mengalami sesak nafas. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!