Monday, October 27, 2014

Apa kata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengenai dakwaan bumi bakal bergelap selama 3 hari


Apa kata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengenai dakwaan bumi bakal bergelap selama 3 hari | Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan kononnya bumi akan bergelap selama tiga hari berturut-berturut pada 21, 22 dan 23 Disember ini seperti yang tersebar dalam laman sosial dan blog tempatan. Menurut kenyataan agensi tersebut, khabar angin yang mengatakan bumi akan bergelap selama tiga hari berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari itu disahkan palsu. Malah Angkasa memberitahu, siasatan terhadap laman web rasmi Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga mendapati tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan.

“Kenyataan tersebut didakwa dikeluarkan secara rasmi oleh NASA, namun selepas pihak kami meneliti laman rasmi NASA, perkara itu didapati palsu. Malah, untuk pengetahuan umum, ribut suria dari matahari tidak menyebabkan kejadian siang atau malam, jauh sekali menyebabkan bumi bergelap. “Bumi juga dilindungi oleh medan magnet (magnetosphere) yang menyebabkan kesan sebarang ribut suria dibelokkan (deflected) dan menjadi lemah sebelum sampai ke bumi,” kata kenyataan tersebut. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!