Friday, October 3, 2014

#MH17 : Identiti 2 Jenazah yang belum dikenalpasti




#MH17 : Identiti 2 Jenazah yang belum dikenalpasti | Hanya dua lagi jenazah daripada keseluruhan 44 penumpang warga Malaysia yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 di timur Ukraine masih belum dikenal pasti. Jenazah berkenaan termasuk nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dalam sidang media selepas majlis istiadat penghormatan ketibaan kumpulan keenam jenazah MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini Hishammuddin menegaskan usaha mengesan jenazah berkenaan masih dijalankan.

"Satu daripada dua jenazah yang belum dikenal pasti itu keluarganya adalah saya dan sudah dimaklumkan sebab saya yang kendalikan tetapi yang seorang lagi sudah dimaklumkan. "Ada harapan. Kita berdoa agar dua jenazah berkenaan berada di Belanda," katanya. Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini, 262 daripada keseluruhan 298 penumpang dan anak kapal mangsa nahas pesawat MH17 sudah dikenal pasti di Amsterdam.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk 42 warga negara Malaysia yang sudah dibawa pulang ke tanah air sehingga kini. "Setakat ini, 262 mayat sudah dikenal pasti dan sumber yang kita belum dapat sahkan 27 sedang dalam proses pengecaman dan sembilan lagi belum dikenal pasti, oleh itu kita tengah mengumpul semua data yang ada. "Kita harap kita dapat kenal pasti semua dan tidak perlu kita masuk ke kawasan nahas untuk mencari cebisan mayat yang tertinggal di kawasan kemalangan," katanya. -BH




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!