Monday, October 6, 2014

Pendedahan sebuah akhbar tempatan ini benar-benar mengejutkan



Cuti hari raya dimanfaatkan segelintir warga asing di rumah persundalan | Cuti umum Aidiladha ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah persundalan di Jalan Alor dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini, sebagai lokasi melampiaskan nafsu. Malah, tinjauan yang dilakukan semalam juga menguatkan lagi laporan bersiri Harian Metro Jumaat lalu mengenai empat kawasan pelacuran kelas rendah di ibu negara iaitu Lorong Haji Taib, Pasar Pudu, Jalan Alor dan Brickfields di ibu kota yang dipenuhi pelacur wanita tempatan dan warga asing serta pondan yang beroperasi 24 jam sejak puluhan tahun dulu.

 Dalam laporan itu mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mencontohi Datuk Bandar Surabaya yang bertindak berani menutup Gang Dolly yang menjadi antara lokasi pelacuran tertua di Asia Tenggara. Tinjauan selama sejam bermula jam 12.30 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga pelbagai negara.Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat keluar masuk bersilih ganti di bangunan lama dua tingkat itu. Malah, di setiap rumah tumpangan dipenuhi warga asing yang beratur menunggu giliran.

Pemerhatian mendapati sepanjang laluan itu ‘lorong gelap’ itu beberapa bapa ayam lengkap dengan walkie-talkie memerhati penuh minat setiap pelanggan dan sekiranya pelanggan terdiri daripada warga tempatan, mereka akan mula berhubung antara satu sama lain sebelum mengekori dari jauh. Semua kawasan itu pernah diserbu polis termasuk premis disita DBKL, namun masih beroperasi seperti biasa berikutan sentiasa ada permintaan daripada pelanggan.

Peniaga di Brickfields yang mahu dikenali sebagai Chandra, 30, berkata, setiap kali musim perayaan kawasan pelacuran bagaikan pesta dengan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu. “Itu adalah pemandangan biasa di sini berikutan kawasan ini memang terkenal dengan aktiviti pelacuran. “Sepatutnya pihak DBKL menutup terus rumah pelacuran berkenaan supaya kawasan bebas daripada aktiviti tidak bermoral,” katanya. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!