Monday, November 17, 2014

Alahai.. Nenek dipenjara dan didenda kerana curi langsir dan sarung kusyen di pasaraya



Alahai.. Nenek dipenjara dan didenda kerana curi langsir dan sarung kusyen di pasaraya | Seorang nenek dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri langsir dan sarung kusyen di sebuah pasar raya di sini semalam. Hamsiah Ahmad, 56, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak. Dia didakwa mencuri satu set langsir dan dua set sarung kusyen yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM617 di Pasaraya Aeon Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini pada kira-kira 9.00 malam.

Hamsiah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Ketika rayuan, Peguam Zulkifli Awang memohon Mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh menghidap penyakit darah tinggi selain bergantung hidup sepenuhnya pada anak-anak beliau. Hamsiah menjaga cucu ketika anak-anaknya keluar bekerja. - Bernama



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!