Thursday, November 20, 2014

Bahaya dan akibat pesakit terima organ yang dijangkiti kuman



Bahaya dan akibat pesakit terima organ yang dijangkiti kuman | Dua pesakit buah pinggang di Wales meninggal dunia gara-gara menerima organ yang dijangkiti kuman, yang didermakan oleh seorang gelandangan yang juga merupakan seorang kaki botol. Menurut laporan portal Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Ro­bert Stuart, 67 dari Cardiff dan Darren Hughes, 42, dari Bridgend melakukan pembedahan tersebut di Hospital Universiti Wales pada tahun lalu apabila menerima buah pinggang itu yang tidak diterima oleh beberapa hospital lain atas sebab tidak sesuai.

Bapa Hughes, Ian berkata, dia dimaklumkan bahawa seorang lelaki muda hanya dikenali sebagai Z, 39, yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta mendermakan buah pinggang kepada anaknya tanpa menge­tahui penderma tersebut merupakan seorang kaki mabuk dan gelandangan. Jelas Ian, selepas pembedahan, baru dia mengetahui bahawa buah pinggang yang didermakan itu di­jangkiti kuman berbahaya iaitu ca­cing halicephalobus.

“Jika saya tahu asal usul buah pinggang itu, saya tidak akan menandata­ngani borang kebenaran bagi meneruskan pembedahan pemindahan organ tersebut ke atas anak lelaki saya. “Disebabkan saya tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang penderma, akhirnya saya menandatangani surat kematian Hughes,” katanya. Hughes melakukan pembedahan tersebut buat kali pertama, manakala Stuart sudah tiga kali dibedah untuk menerima buah pinggang baharu. Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat jangkitan kuman di bahagian otak disebabkan parasit buah pinggang yang mereka terima itu. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Nabihah on November 20, 2014 at 3:57 PM said...

kesiannya. tak pasal-pasal bawa kematian. tak tahu kecuaian drpd pihak siapa T_T

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!