Saturday, November 22, 2014

Fenomena aneh.. Ratusan kerang terdampar di pesisir pantai


Fenomena aneh.. Ratusan kerang terdampar di pesisir pantai | Musim tengkujuh yang melanda negeri ini memberi rezeki kepada orang ramai apabila ratusan kerang terdampar di pesisir pantai terutama daerah ini. Bahkan, imej-imej pegun kerang berkenaan telah menjadi 'viral' di laman sosial dan WhatsApp sejak petang semalam. Difahamkan, lambakan kerang berkenaan ditemui penduduk sejak kira-kira pukul 2 petang di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu. Selain memungut kerang yang terdampar di pantai, penduduk juga kelihatan mengambil kesempatan menggunakan jaring ikan di dalam air.


Sebilangan penduduk menyifatkan fenomena yang jarang berlaku itu kesan daripada berakhirnya hujan lebat dan arus sungai yang deras menerjah muara setelah paras sungai meningkat. Seorang penduduk setempat Abdullah Ali, 49, percaya kerang yang biasanya membiak di muara sungai dan laut cetek dengan pengaruh air payau dipaksa keluar selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai dua kampung berkenaan.


 "Kita lihat banyak yang ditemui di sepanjang pantai ini tentunya dari sekitar muara dua buah sungai yang terletak Kuala Ibai dan pekan Marang," ujarnya. Bagaimanapun, punca sebenar kerang yang memenuhi pantai tetap menjadi misteri bagi penduduk setempat. Dalam pada itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Zaid Mohd. Nor @ Mat Nor mengesahkan kejadian berkenaan. "Saya mendapat maklumat daripada kakitangan terdapat banyak kerang naik sejak pagi semalam," katanya. - Kosmo





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!