Saturday, November 15, 2014

Lelaki tersekat dicelah dinding sebuah kedai selama tiga hari ketika cuba mencuri



Lelaki tersekat dicelah dinding sebuah kedai selama tiga hari ketika cuba mencuri | Seorang lelaki dikeluarkan dari celah dinding sebuah kedai selepas tersekat selama tiga hari ketika cuba mencuri. Paul Felyk, 35, teperangkap di celah dinding di bumbung bangunan kedai itu di Longmont, utara Denver. Pekerja membuat laporan polis kelmarin selepas mendengar bunyi bising. Bagaimanapun, polis yang datang menyiasat tidak menemui apa-apa. Keesokannya, pekerja kedai memanggil polis sekali lagi selepas mendengar seorang lelaki menjerit di dalam dinding berkenaan.

 Jurucakap polis tempatan Molly Meehan berkata: “Anggota kami berjaya mengesan lelaki itu antara dinding dalam dan luar bangunan itu.” Anggota bomba terpaksa mengguna gergaji bulat untuk memotong bahagian dalam dinding untuk mengeluarkan Felyk. Dia kini dirawat di hospital kerana keletihan dan kecederaan pada bahagian bawah badan. Pegawai penyiasat, Matt Cage berkata, Felyk akan berdepan dengan tuduhan jenayah apabila keluar hospital kelak. “Dia masih belum ditangkap. Tetapi kami menyiasatnya atas tuduhan cubaan merompak,” kata Cage. Dia berkata, tempat lelaki itu terperangkap hanya muat untuknya berdiri dan ia amat gelap sementara suhu pula terlalu sejuk. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!