Tuesday, November 18, 2014

Nenek hidup semula selepas disahkan meninggal dunia dan 11 jam berada di bilik mayat



Nenek hidup semula selepas disahkan meninggal dunia dan 11 jam berada di bilik mayat | Seorang nenek yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor, didapati masih lagi hidup selepas 11 jam berada di dalam bilik mayat. Laman web UPI.com melaporkan, Bogumila Kolkiewicz anak saudara kepada Janina Kolkiewicz berkata, dia terpaksa menghubungi Dr. Wieslawa Czyz selepas mendapati ibu saudaranya tidak bernafas dan nadinya tidak lagi bergerak di rumah mereka di sini. Katanya, Czyz mengesahkan wanita berusia berusia 91 tahun itu sudah meninggal dunia dan turut mengeluarkan sijil kematian bagi ibu saudaranya.

Bagaimanapun, ujar Bogumila, kakitangan hospital yang bertugas di bilik mayat menyedari beg plastik yang membungkus mayat Janina kelihat seperti bergerak-gerak sebelum mereka mendapati wanita itu masih hidup selepas 11 jam berada di bilik tersebut. “Janina tidak mengingati apa yang sudah berlaku kerana dia telah nyanyuk,” jelasnya.

Tambah Bogumila, ibu saudaranya kini berada dalam keadaan normal dan tahap kesihatannya semakin baik selepas keluar dari hospital. “Saya pasti dia sudah meninggal dunia ketika itu. Saya terkejut dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Jantungnya tidak lagi berdegup dan dia sama sekali tidak bernafas,” kata Czyz. Polis Daerah Lublin kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan prosiding bagi mendakwa doktor berkenaan atas kesalahan jenayah.-AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on November 18, 2014 at 2:36 PM said...

kuasa Allah SWT...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!