Monday, November 24, 2014

Pemuda maut ketika ambil wuduk



Pemuda maut ketika ambil wuduk | Hasrat seorang pemuda untuk mengambil wuduk bagi mengimami solat bersama enam rakannya ketika memancing ikan di Air Terjun Jeram Kopeh dekat sini berakhir tragedi selepas dia maut tergelincir dari batu yang licin petang kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang bekerja sebagai kelindan van menjual biskut itu tergelincir setelah terjatuh ke dalam lubuk jeram dan mayat lelaki yang dijangka akan berkahwin Mei depan itu ditemui oleh anggota penyelamat kira-kira dua jam kemudian iaitu pada pukul 7.20 malam.

 Rakan mangsa, Mohd. Azri Sham Yahya, 27, ketika mence­ritakan semula detik cemas itu memberitahu, mereka bertujuh ke jeram berkenaan dengan motosikal untuk memancing buat kali kedua selepas sehari sebelum itu mangsa memperoleh ikan tengas bersaiz besar. Menurutnya, selepas tiba di jeram tersebut, mereka memancing di situ sebelum mengambil keputusan untuk menunaikan solat fardu Asar di tempat berkenaan. -Kosmo




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!